Friday 6 July 2012

Syarat Kemasukan Polis (Inspektor)


Syarat Kemasukan Polis (Inspektor)
Polis DiRaja Malaysia adalah salah satu perkhidmatan yang terbesar di negara ini. Oleh kerana fungsinya yang berbeza-beza dan unik maka sudah semestinya ia memberi banyak peluang yang tidak boleh didapati dalam perkhidmatan lain. Pelbagai bahagian yang terdapat di dalamnya boleh menawarkan peluang kerjaya yang mencabar dan menyeronokkan. Di samping berpeluang berkhidmat untuk negara, anda juga dapat mencungkil dan mengasah bakat terpendam yang mungkin ada pada diri anda.


INSPEKTOR GRED YA 13
KLASIFIKASI:INSPEKTOR (LELAKI / WANITA)
KUMPULAN PERKHIDMATAN:PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
GRED GAJI / JAWATAN:
YA 13
JADUAL GAJI:
PERINGKATGAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUMKADAR KENAIKAN
GAJI TAHUNAN
P1
P2
P3
RM2,328.12
RM2,479.21
RM2,635.62
RM5,327.53
RM5,579.96
RM5,837.50
RM230.00
SYARAT LANTIKAN1.
Syarat permohonan bagi jawatan Inspektor adalah mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 25 Tahun 2009 seperti berikut:-
(a)Terdiri dari warganegara Malaysia;

(b)Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan;

(c)Kelayakan akademik :
i)Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan P1 : RM2,328.12 ] ATAU

ii)Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan P1 : RM2,473.88 ] ATAU

iii)Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang-bidang yang diperlukan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi- institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan P1 : RM2,619.63 ] ATAU

iv)Ijazah Doktor Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan P1 : RM2,765.39 ] ATAU

v)Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan P1 : RM2,911.15 ] ATAU

vi)Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan; atau
[ Gaji Permulaan P1 : RM2,911.15 ] ATAU

vii)Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan;
[ Gaji Permulaan P1 : RM3,056.91 ] ATAU

viii)Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia;
[ Gaji Permulaan P1 : RM3,202.67 ] ATAU

ix)Ijazah Sarjana Muda Perubatan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan P1 : RM3,056.91 ] ATAU

x)ijazah sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan P1 : RM2,911.15 ] ATAU

xi)ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang forensik, matematik atau perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[ Gaji Permulaan P1 : RM3,202.67 ] DAN

xii)Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(c)Kelayakan fizikal :
Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:

i)Tinggi sekurang-kurangnya 1.63m (lelaki) dan 1.57m (wanita) tanpa bersepatu.

ii)Berat badan sekurang-kurang 50kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48kg.

iii)Ukuran lilitan dada biasa 81cm (normal) dan semasa menarik nafas 86cm (lelaki sahaja).

iv)Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V / 6 / 9 tanpa mengguna alat bantuan.

v)Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.

vi)Diakui sihat oleh pegawai perubatan kerajaan termasuk pemeriksaan X-Ray.
DESKRIPSI TUGAS2.Menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi di Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam, Jabatan Logistik, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Cawangan Khas danJabatan Siasatan Jenayah Komersil. Antara tugas-tugas tersebut ialah mentadbir, merancang pencegahan jenayah, menyiasat, menangkap dan mendakwa, mengatur kawalan trafik, mengumpul risikan, menyediakan peralatan dan perhubungan, mengekalkan keselamatan awam di darat, laut dan udara bagi mewujudkan suasana aman dan tenteram di kalangan rakyat dan negara.



BIL.NAMA JAWATANMAKLUMAT JAWATAN
1.Inspektor Gred YA 13 diatas.
2.Sarjan Gred YA 5
Lihat Maklumat Jawatan
3.Konstabel Gred YA 1
Lihat Maklumat Jawatan
4.Konstabel Sokongan Gred YT 1
Lihat Maklumat Jawatan

No comments:

Post a Comment